Tuesday 2 August 2011

Terkapai-kapai di laut.

"Ramadhan Kareem".
Alhamdulillah masih dapat bersua lagi dengan ramadhan.Semoga ramadhan kali ini mampu memberi segunung kebaikan dan barakah kepada kita semua.
Sedikit pengalaman untuk diceritakan,ketika ke Indonesia saya sempat mendengar tazkirah dari seorang pelajar di sana, kata-katanya cukup mudah untuk dicerna oleh akal, sekiranya seseorang ke hospital dengan alasan sakit, adakah seseorang itu yakin beliau akan sembuh apabila berjumpa dengan sang doktor?? Mungkin sembuh, mungkin tidak.
Sedikit dialog pengubat tawa :
Pesakit : Doktor,saya sakit apa ?
Doktor : Saya periksa dulu tubuh awak baru boleh tahu sakit apa.
Pesakit : Doktor,saya tak nak mati,saya belum kahwin lagi.
Doktor : ?
Jawapan anda diperlukan. Apa yang ingin dikongsikan di sini, begitulah hidup kita sebagai seorang muslim yang bertakwa,sesungguhnya Allah tidak menjanjikan kepada hambanya untuk beroleh syurga atau neraka, terpulang kepada apa yang kita kerjakan semasa hayat kita di dunia ini.Jadi bersegeralah dalam melakukan kebaikan, semoga kelak di akhirat sana tidak terkapai-kapai.Sekian.
Berpesan-pesan pada kebaikan.

Friday 10 June 2011

Salam.

"Jauh perjalanan luas pemandangan."Alhamdulillah ,sehingga ke hari ini saya masih menerima oksigen yang tak putus-putus dari sang Pencipta yang maha sempurna lagi maha pengasihini untuk saya teruskan kehidupan di dunia ini. Semoga kita semua sentiasa tidak lupa untuk melakukan kebaikan walau sekecil tapak tangan pun ! Tidak ada banyak perkataan untuk pertemuan kita yang pertama ini. Kita jumpa lagi di lain waktu ya !!